Wednesday 27 February 2013

PENYERAHAN BAUCAR BUKU DAN BB1M VS BRIM 250 ????


" Untuk student Politeknik Sultan Azlan Shah sahaja , okay ?? "


Penyerahan baucar buku 1 malaysia akan di laksanakan pada masa, tarikh dan tempat berikut:

Tarikh :       
                  26/2/2013 (JKM)            
                  27/2/2013 (JKE)-(selepas majlis penyerahan; diantara jam 11-6 ptg)
                  28/2/2013 (JKA)
                  1/3/2013 (JP)

Tempat :
                  Dewan Serbaguna PSAS

 Masa : 
                  8.30-6.00 pm

Bagi pelajar semasa yang sedang menuntut di PSAS, mereka diwajibkan untuk mengambil sendiri baucar buku tersebut, sementara pelajar yang sedang menjalani latihan industri dan pelajar yang baru sahaja menamatkan pengajian pada semester yang lepas, baucar buku akan diagihkan kepada PA@ bekas PA mereka, (kalau pelajar tersebut nak ambil sendiri pun boleh, tetapi pelajar mewakili pelajar tidak di benarkan).Ini bagi mengelakkan berlaku penipuan, dimana ada kes pelajar lain mengaku mewakili kawannya (juga pelajar PSAS), kemudian menggunakan kouta baucar rakannya (bermakna pelajar tersebut mendapat manfaat dari baucar pelajar lain secara tidak sah dan melebihi kouta yang diberikan RM 250). PA @ bekas PA pelajar LI dan pelajar yang baru tamat belajar dijemput ke HEP untuk mengambil baucar buku tersebut mengikut kelapangan pihak tuan/puan, (melainkan waktu rehat (1-2 pm)) dan di mohon tuan/puan pensyarah untuk menulis terus no IC pelajar pada baucar buku tersebut. Ini bagi mengelakkan berlakunya hura-hara di HEP 2 bulan selepas tarikh tamat sah laku baucar (31 mei 2013) serta memudahkan segala urusan mengesan semula baucar buku serta pemiliknya sekiranya wujud inquiry dari pihak kedai buku atau bank untuk tujuan claim baucar buku yang telah di gunakan oleh pelajar.

Bagi pelajar yang baru tamat belajar pada semester yang lepas, kemungkinan majoriti dari mereka yang memohon BRIM RM250, permohonan mereka ditolak disebabkan nama mereka telah tersenarai sebagai penerima baucar buku. Perkara ini berlaku disebabkan permohonan baucar buku dibuat pada tahun lepas, yang mana pada masa tersebut, pelajar-pelajar ini masih berstatus aktif. saya tak berani nak mengabaikan pelajar semester akhir kerana dikhuatiri mungkin ada dikalangan mereka akan 'terextand'. untuk menyemak prestasi keputusan pelajar-pelajar semester akhir seorang demi seorang tidak mampu saya lakukan, jadi saya mohon juga untuk pelajar semester akhir, dan tak sangka, ingatkan BRIM 500 jer, rupanya ada BRIM 250 untuk yang belum dapat kerja@pendapatan kurang dari 3K.

Bagi pelajar yang baru tamat belajar, dan mereka memohon BRIM 250, tetapi tidak layak disebabkan nama mereka telah tersenarai sebagai penerima baucar buku, mereka boleh menukar status kepada penerima BRIM 250 (sekiranya berminat untuk mendapatkan BRIM) dengan membawa surat pengesahan dari institusi yang menyatakan pelajar tersebut tidak lagi berstatus aktif  dan mengemukakan surat permohonan ke LHDN. namun begitu, sekiranya para pelajar ini tidak mahu berurusan dengan pelbagai prosedur penukaran status di LHDN, mereka boleh ambil sahaja baucar
buku. sebarang pertanyaan tuan/puan boleh email saya atau call saya. saya memohon jutaan kemaafan sekiranya wujud pelbagai kelemahan dalam pengagihan baucar buku pada kali ini.